berita

[VIDEO] Curiga Pintu Bilik Selalu Terbuka Sendiri, Rupanya Kerja ‘Dia’

September 3rd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Sekumpulan pelajar di universiti tempatan terhibur melihat ‘aksi’ lincah seekor kucing yang pandai membuka pintu bilik mereka. Macam tak percaya kan?

Bukti kalau tak percaya

Melalui perkongsian oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Aiman Ajmuddin itu, momen itu dipercayai berlaku di sebuah kolej penempatan di Kuala Terengganu. Salah seorang pelajar yang berada di dalam bilik tu memanggil kucing tersebut sebelum ia muncul dengan membuka tombol pintu bilik itu dengan sendiri.

Bagi mereka yang menganggap perkara itu sengaja dilakukan oleh orang yang berada di luar bilik, Aiman juga turut memuat naik satu lagi video yang dirakam dari luar bilik di mana menunjukkan kucing itu melompat tinggi ke arah tombol pintu untuk membukanya.

Kucing senior

Menurut salah satu screenshot perbualan Whatsapp yang dikongsi Aiman, kucing itu merupakan kucing ‘senior’ yang telah berada di kolej tersebut sejak 2016 lagi. Video berdurasi 17 saat yang berjaya mendapat lebih 180 k tontonan, 16.7 k retweets dan 16.2 k likes itu sememangnya berjaya mencuri perhatian di mana rata-rata meninggalkan komen terhibur dengan aksi kucing itu.

Sumber : Aiman Ajmuddin

SKIP THIS AD ×