berita

[VIDEO] Dah Cuba Berbaik, Teuku Ryan Tertunduk Sedih Ria Ricis Tak Hadir Untuk Proses Perdamaian

March 5th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Kes perceraian pasangan pempengaruh terkenal Indonesia iaitu Ria Ricis dan suami, Teuku Ryan masih belum menemui titik noktah apabila wanita itu tidak hadir ke mahkamah untuk proses perdamaian.

Ria Ricis tak hadir proses perdamaian

Difahamkan, usaha Teuku Ryan untuk memperbaiki hubungannya dengan Ria menerusi proses damai dilaporkan gagal mencapai kata sepakat.

Sementara itu, peguam yang mewakili Ryan iaitu Dedi Rizal Armidi berkata, meskipun proses perdamaian itu tidak mewajibkan kehadiran kedua-dua pihak namun anak guamnya tetap hadir kerana mahu mempertahankan rumah tangganya.

Ryan sudah hadir ke proses pendamaian walaupun ia bukan wajib. Dia hadir sebagai menunjukkan kesungguhannya untuk mempertahankan rumah tangga mereka.

Menurut sumber, kedua-dua keluarga Ryan dan Ria turut menyokong pasangan itu untuk kembali bersama. Malah sebelum ini, hubungan mereka menunjukkan tanda positif selepas Ria atau nama sebenarnya Ria Yunita dikatakan telah menghadiahkan sepasang kasut kepada Ryan.

Video

@fanpageartis Ryan hadir di persidangan kedua tanpa dihadiri Ricis?? #riaricis #ricis #ricistr #ricistrfamily #thericis #teukuricis #teukuryan #teukuryantr #dejavu #moanaedit #ex #fyp #fyp??viral #fyp? #foryou #foryoupage #masukberanda #berandafyp #selebritis #pesonaindonesia #entertainment #viral #trending #xyzbca #couple #couplegoals #couples #love #cintasejati #married #wedding #bucin #romance #mamamuda #lambeturah #princessweddingdress #perceraianartis #gugatcerai #cerai #pengadilan #jakartaselatan #sidang #sidangcerai #strong #strongwomen #singlemom #buicis #riaricis1795 #riaricisoficial #riaricisteukuryantr #riaricisfans ? suara asli – kosong

Sumber: Tribunnews

SKIP THIS AD ×