berita

[VIDEO] ‘Dah Macam Lagu Sendiri, Siap Ada MV’ – ‘Denting’ Aina Abdul Luar Biasa!

September 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Nama penyanyi, Aina Abdul mencuri perhatian ramai apabila dia melakukan cover lagu ‘Denting’ nyanyian Melly Goeslaw di Youtube. Kelunakan suara, vokal dan gaya Aina ketika menyanyikan lagu tersebut ternyata memukau lebih daripada 60 ribu penonton.

Dah macam lagu sendiri!

Umum mengetahui, Aina sering memuat naik video ‘cover’ lagu kegemarannya di Youtube. Memandangkan lagu ‘Denting’ tengah viral di TikTok, Aina mengambil peluang untuk merakamkan sebuah muzik video (MV) dan melakukan cover menggunakan lagu tersebut.

Saya sangat jatuh cinta dengan lagu ini. Pada masa yang sama, saya dan team gembira berjaya melakukan penggambaran muzik video ‘Denting’ hanya menggunakan telefon. Saya harap semua orang suka cover ni. Aina ada buah tangan baru juga buat semua. Tunggu okay!

Usaha Aina ternyata membuahkan hasil apabila rata-rata netizen terpukau melihat mv yang telah siap dihasilkan itu.  Berbicara mengenai kelunakan suara, Aina sudah pastinya mempunyai identiti sendiri ketika menyampaikan lagu tersebut jika dibandingkan dengan penyanyi asal.

Terus jatuh cinta

Selain peminat dari Malaysia, peminat dari Indonesia turut meninggalkan komen yang positif buat Aina. Mereka berharap suatu hari nanti Aina dapat bekerjasama dengan Melly Goesloaw bagi menghasilkan sebuah karya yang menarik dan hebat.

Di Instagram, Melly Goeslaw meninggalkan ucapan terima kasih buat Aina kerana sudi cover lagu ‘Denting’. Menurut Melly, suara Aina sangat merdu.

Sumber: Aina Abdul & Melly Goeslaw

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×