berita

[VIDEO] Dah Order Makanan Tapi Tak Peka! Netizen Bengang Pelanggan ‘Biarkan’ Rider Basah Kuyup Kena Hujan

March 30th, 2021 | by Shira
Kini Trending

Apabila mengenangkan keadaan ekonomi sekarang yang semakin meleset lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda telah memilih untuk menjadi seorang penghantar makanan. Meskipun tugas itu nampak ‘mudah’ akan tetapi terdapat pelbagai cabaran perlu ditempuhi mereka termasuklah berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu.

Begitulah yang dilalui oleh individu ini apabila dia terpaksa menunggu dalam hujan lebat untuk menghantar makanan kepada pelanggannya.

Rider tunggu dalam hujan

Berdasarkan video pendek yang viral itu memaparkan rider penghantar makanan sedang berdiri di tepi motosikalnya sambil memegang telefon bimbit seakan cuba menghubungi pelanggannya yang berada di dalam rumah tersebut. Lebih meruntun hati apabila melihat individu itu sudah basah kuyup dek kerana hujan lebat.

Bukan itu sahaja, turut kelihatan individu ini berkali-kali menjenguk ke dalam pagar rumah tersebut dengan harapan pelanggannya itu akan keluar untuk mengambil makanan yang dipesan.

Sampai basah kuyup tunggu pelanggan

‘Customer please ada common sense’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bersimpati terhadap nasib yang menimpa rider itu. Ada di antara mereka turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap pelanggan tersebut yang dianggap tidak bertimbang rasa. Malah, mereka turut menasihati orang ramai sekiranya memesan makanan, alangkah baiknya jika pelanggan lebih bertimbang rasa dan peka dengan kehadiran rider.

Sumber: Imtsarasophea, laparperutku

SKIP THIS AD ×