berita

[VIDEO] Dah Pandai Baca Iqra’, Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Yusuf Iskandar

August 24th, 2019 | by Athirah
Kini Trending

Tidak dinafikan, cara didikan Hanis Zalikha terhadap dua anaknya sentiasa menjadi perhatian ramai. Ramai memuji cara beliau yang bijak mengawal serta mengajar anaknya dengan cara berhemah.

Terbaru, satu video pendek dimuat naik di laman Instagram theyusufiskandar telah mendapat perhatian netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dan gembira melihat Yusuf sudah mula pandai membaca Iqra’.

Mula-mula tak tunjuk minat

Menurut Hanis, pada awalnya Yusuf tidak menunjukkan sebarang minat untuk membaca Iqra’ atau abjad jawi sebelum ini.

Namun katanya, Yusuf mula memberi perhatian kepada abjad jawi apabila sering menemani bapanya mengaji al-Quran.

Kita tak paksa

Netizen puji, seronok tengok Yusuf mengaji

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut setia Yusuf di mana kebanyakannya memuji cara didikan pasangan itu.

Malah, telatah Yusuf mengaji dengan nada suara yang tinggi juga menghiburkan hati netizen yang menonton video itu.

Sumber: Instagram theyusufiskandar