Pernah tak korang terfikir sedang sibuk mandi dalam bilik air tiba-tiba pintu terkunci sehingga tak boleh dibuka dan korang hanya tinggal bersendirian dalam rumah. Apa yang korang akan buat?

Menerusi Twitter Aizad berkongsi kisah dia terperangkap di dalam bilik air sehingga terpaksa menelefon bomba untuk memecahkan pintu bilik airnya. Dia bernasib baik kerana membawa telefon bimbit ketika mandi sebab jika tidak, dia tidak mampu untuk menelefon pihak bomba bagi membantunya kerana dia tinggal berseorangan di rumah.

Lepas siap mandi tiba-tiba pintu tak boleh buka

https://twitter.com/aizadchan/status/1126050130820382720

Video pertama menunjukkan dia cuba sedaya upaya untuk membuka pintu itu namun tidak dapat membukanya juga. Tendang sudah, pulas sudah, semua sudah tapi pintu masih tetap terkunci.

Terpaksa telefon bomba

https://twitter.com/aizadchan/status/1126050290157768704

Video kedua menunjukkan pihak bomba telah tiba di rumahnya dan memecahkan pintu tersebut. Akhirnya dia berjaya keluar dari bilik air itu dengan selamat hasil usaha pihak bomba.

Dia berterima kasih terhadap pihak bomba kerana membantunya memecahkan pintu itu dan mengeluarkan dia dari terperangkap dalam bilik air tersebut.

Reaksi netizen

Persoalan netizen

Sumber: Aizad