![[VIDEO] Dahlia Rizal Terharu Wanita Beri Duit Raya Untuk Anak](https://media.ohbulan.com/2025/04/WhatsApp-Image-2025-04-15-at-11.15.36.jpeg)

Pempengaruh Dahlia Rizal berasa terharu apabila menerima duit raya daripada seorang wanita yang tidak dikenalinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Berang Dengan Individu Kurang Ajar, Tiada ‘Common Sense’ Dalam Wayang – ‘Dia Siap Meluc*h & Suruh Saya Duduk Perpustakaan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Sahkan Dahlia Hamil, Tak Alami Alahan Teruk – ‘Takut Juga Kalau Dia Tak Boleh Bau Suami’
Dapat duit raya
@indomie.dRezeki anak, kepada akak tu. Thank u sm??? original sound – Dahlia Rizal
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Dahlia atau nama penuhnya Nur Dahlia Ahmad Rizal dilihat sedang berada di dalam kereta.
Tidak lama selepas itu, suaminya Imran Aqil membuka pintu kereta lalu memberi sampul wang kepadanya.
Sayang ada orang bagi duit raya dekat awak. Kakak tu bagi masa dekat ATM tadi, dia baik sangat.
Saya cakap tak apa, kemudian dia kata duit itu untuk anak.
Pempengaruh berusia 24 tahun itu terkejut selepas menerima duit raya tersebut dan berterima kasih kepada wanita berkenaan.
Terima kasih kakak sebab bagi duit untuk anak saya.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan bayi Dahlia seorang yang beruntung kerena dilimpahkan rezeki sebelum dilahirkan lagi.
Anak belum keluar lagi dah murah rezeki.
Rezeki anak, nanti kumpul duit raya masukkan dalam bank. Bila anak belajar nanti orang yang bagi duit tu akan dapat pahala sepanjang mengajian dia.
Bila kita hamil atau ada anak seronok sangat ada orang bagi duit. Semoga rezeki orang tu murah.
Sekitar Februari lalu Imran mengesahkan Dahlia kini sedang hamil cahaya mata sulung mereka.
Sekadar info, Imran dan Dahlia telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka, pada September tahun lalu.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
