Da’i Izzhar Nazri berkongsi cara teguran yang boleh dipraktikkan oleh para isteri bagi menasihati suami yang tidak mendirikan solat.

Artikel Berkaitan: ‘Para Suami Kalau Dah Bangun Subuh Jangan Solat Lalu Tidur, Uruskan Anak Juga’ – Norreen Iman

Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Pertahan Siti Nurhaliza Sembahyang Tanpa Telekung – ‘Yang Tanya Tu Solat Tak?’

Da’i Izzhar tegur suami

@gigidanjiwapodcast

Kalau suami tak solat, apa yang patut seorang isteri lakukan? Tegur, diam atau terus bersabar?🤔 . Panel: @Izzhar Nazri Host: @draniszul @Dr aniszul | Bangkit dari luka . Gigi dan Jiwa Podcast

♬ original sound – Gigi & Jiwa Podcast – Gigi & Jiwa Podcast

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Da’ Izzhar menegaskan segala peraturan jodoh adalah atas urusan Allah.

Menurut Da’i Izzhar, rumah yang tidak menunaikan solat fardhu akan terputus daripada rahmat Allah sekali gus sering menjadi punca berlakunya pergaduhan dan ketidakharmonian antara suami isteri.

Kahwin itu Allah dah susun. Siapa kita jumpa, dengan siapa kita berpisah, siapa yang pernah khianat kita semua ini telah Allah susun.

Kita mungkin tak minum arak di rumah tapi maksiat besar yang berlaku apabila ahli dalam rumah tersebut meninggalkan solat.

Rumah yang ahlinya tidak solat, maka tertahanlah rahmat Allah dalam rumah tersebut.

Sebab itu kerap gaduh, kasih sayang tiada lagi. Suami ada ego tersendiri. Keperluan utama suami adalah dihormati.

Dalam pada itu, Da’i Izzhar Nazri turut menasihati para isteri agar terus mendirikan solat dan tidak berhenti berdoa supaya hati suami dilembutkan untuk menunaikan kewajipan tersebut.

Pertama sekali adalah kita sebagai isteri sembahyang dulu. Tunjukkan akhlak yang baik. Bab mata, memang suami akan cepat tangkap. Dia akan nampak usaha isteri yang terus sembahyang lepas masuk waktu.

Akhlak itu boleh menjadi satu teguran untuk suami.

Yang kedua, jangan lupa senjata utama sebagai isteri iaitu doa. Kita kena ingat, hati suami Allah yang pegang.

Maka dengan doa ini, dapat menjadi asbab untuk suami lembut hati dan dia akan berubah.

Tugas isteri hanya usaha, suami berubah atau tidak, itu bukan urusan kita.

Sumber: TikTok @Gigi & Jiwa Podcast