Pendakwah selebriti Da’i Syed hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi sebutan kes rayuan atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Muat Naik Video Tolak Stroller Anak Selepas Bebas Dengan Ikat Jamin Sementara
Artikel Berkaitan: ‘Da’i Syed Bernasib Malang, Mungkin Kalau Dia Balas Cinta, Tiada Laporan Rogol Dibuat Kepada Polis’
‘Baik baik sahaja’
Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful tiba di mahkamah pada jam 9.05 minit.
Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Saya okay.
Da’i Syed yang berimej botak ditemani isterinya, Hana Ismail.
Pada 30 Ogos lalu, Syed menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh apabila dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.
Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas tuduhan wanita berusia 23 tahun itu di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 Shah Alam, pada pukul 1.35 pagi, 11 September 2019.
Pada 10 April tahun lalu, Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan Syed daripada pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun memerintahkan dia membela diri atas pertuduhan tersebut selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan sebelum didapati bersalah.
Video
@ohbulanofficial Dai Syed dan isterinya, Hana tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan imej baru #ohbulan #fyp #news #daisyed #hana #mahkamah #kes ? original sound – OHBULAN!