berita

[VIDEO] Daiyan Trisha Buka Mulut Isu Teknik CGI ‘Sumpahan Jerunei’, Mata Netizen Fokus Lipas Dekat Belakang

August 5th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Daiyan Trisha

Di TikTok, pelakon, Daiyan Trisha tampil memberi penjelasan berhubung isu teknik pengimejan berkomputer (CGI) dalam filem Sumpahan Jerunei.

Tarik diri dan enggan selesaikan tugas

Daiyan Trisha

Menurut Daiyan, kekurangan pada teknik CGI itu disebabkan oleh individu yang bertanggungjawab mengendalikan kesan khas berkenaan mahu namanya ditukar menjadi pengarah filem. Disebabkan pihak penerbit tidak bersetuju dengan permintaan tersebut, penyelia kesan khas berasal dari Amerika Syarikat itu menarik diri dan enggan menyelesaikan tugasnya.

Cerita Daiyan lagi, penggambaran filem ini dilakukan empat tahun lalu di Mukah, Sarawak, namun tergendala akibat pandemik Covid-19.

Penggambaran terhenti pada tahun 2020 disebabkan pandemik dan kami mendapat berita bahawa individu tersebut mahu nama pengarah dibuang dan ditukarkan kepada namanya. Kami terkejut kenapa kami perlu melakukan perkara itu dan sudah tentu pihak penerbit tidak bersetuju atas permintaannya.

Jadi bila penerbit tidak bersetuju dia terus balik AS dan dia tak siapkan kerja. Apa yang saya tahu, penerbit sudah membayarnya dengan bayaran yang tinggi, tetapi dia tidak menyelesaikan tugasnya. Ya itulah cerita sebenar, kami kena tipu dengan orang putih (ketawa).

Pada masa yang sama, Daiyan turut mengakui kekurangan teknologi CGI dalam filem berkenaan dan menghormati pandangan yang diberikan penonton. Ujarnya lagi,  tidak semua perkara dapat ditangani oleh pihak produksi dan berharap penonton terus memberikan sokongan buat filem ini yang masih lagi ditayangkan di pawagam.

Menerusi video penjelasan tersebut, admin sempat membaca komen daripada netizen. Ternyata mata netizen lebih tertumpu kepada lipas yang berada di tali pinggang keledar. Netizen sempat berseloroh dan bertanya sama ada lipas tersebut salah satu teknik CGI ataupun tidak.

Daiyan

Video

@daiyantrisha22

long story short basically we got screwed over by a white man #sumpahanjerunei ?

? original sound – Daiyan Trisha – Daiyan Trisha

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×