Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mendapat kecaman selepas mengenakan pakaian mencolok mata ketika meluangkan masa bersama kawan-kawannya, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imej Bertudung Daiyan Trisha Raih Pujian, Netizen Doakan Agar Istiqamah – ‘Cantiknya, Siap Handsock Lagi’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tidak Terdesak Untuk Berkahwin’ – Daiyan Trisha

Pakaian terlalu terdedah

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 33, memuat naik video memaparkan perkara yang dilakukan ketika ‘girls trip‘ bersama rakan-rakannya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai respons apabila netizen meluahkan rasa kurang senang melihat pemakaian aktres itu yang dikatakan mencolok mata.

Daiyan dilihat mengenakan baju yang tidak berlengan sehingga mendedahkan sedikit bahagian atas tubuhnya.

Netizen mula mempersoalkan gaya pemakaian Daiyan yang dikatakan seperti mengikut negara barat.

Bagaimanapun, Daiyan mempersoalkan kembali pemikiran netizen yang terlalu menghakimi orang dari luaran.

Adakah pemikiran anda terus menghukum orang dari segi pemakaian mereka?

Sumber: TikTok