berita

[VIDEO] Dakwaan Kononnya Ditendang Polis, Rupa-Rupanya Pecut Lari Sampai Langgar Kereta Orang

January 18th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam tular di media sosial, satu video kemalangan yang melibatkan dua orang penunggang motosikal. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Tanjong Tokong, Georgetown.

Pada mulanya, warganet mendakwa anggota polis bertindak menendang penunggang motosikal tersebut sehingga menyebabkan dua lelaki itu terjatuh daripada motosikalnya. Susulan daripada itu, pihak polis masih menyiasat bagi mengenal pasti punca insiden itu berlaku.

Saksi tampil beri keterangan

Terbaru, pihak polis sudah menerima laporan daripada pemandu kereta berhubung insiden yang melibatkan dua remaja yang menunggang motosikal. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, kejadian itu berlaku ketika tiga anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut sedang melakukan rondaan pada 5.20 petang.

Namun, anggotanya ketika itu ternampak dua remaja menunggang motosikal tanpa mengikut peraturan jalan raya iaitu tidak memakai topi keledar.

Anggota terbabit mengarahkan mereka memberhentikan motosikal, namun kedua-duanya ingkar dan terus melarikan diri.  Mereka tidak memberhentikan motosikal ketika di lampu isyarat merah dan terlanggar dengan kereta dipandu lelaki dari arah Georgetown menuju ke Tanjung Bunga.

Susulan daripada pelanggaran itu kedua-dua remaja itu telah terbabas dan mengalami kecederaan. Manakala, pemandu kereta tidak mengalamai sebarang kecederaan.

Siasatan masih dijalankan

Sekadar gambar hiasan

Siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut di talian 010-9771517.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pada masa yang sama pihak polis meminta supaya warganet tidak lagi menyebarkan video tersebut kerana ia mampu mencetuskan salah faham terhadap pihak polis.

Kenyataan media

Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

 

SKIP THIS AD ×