![[VIDEO] ‘Dalam Kenakalan Ada Kebahagiaan’ – Syed Saddiq](https://asset.ohbulan.com/2025/07/saddiq-bella-2323.jpg)
Kemesraan antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama Ahli Parlimen, Syed Saddiq merupakan antara momen yang sering dinanti-nantikan oleh warganet.
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Sanggup Jadi ‘Superman’, Rai Hari Lahir Anak-Anak Bella Astillah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Definisi Cantik Adalah Bella Astillah’ – Syed Saddiq
Gurauan Bella & Saddiq
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Bella dan Saddiq dilihat sedang mempromosikan produk sambil berinteraksi dengan warganet.
YB sayang semua orang, dia YB disayangkan rakyat dia..saya pun rakyat.
Saddiq kemudian mengusik Bella dengan mengatakan dia akan menyayangi semua wanita yang meninggalkan komen.
Selepas ini mana-mana wanita yang komen, saya sayang sebab awak kata mereka semua rakyat. Jadi awak kena terima sahajalah.
Tengok, dah makan diri.
Dia yang cakap saya yang kena marah, inilah susahnya jadi lelaki. Habis sahaja live nanti mesti dia akan bercakap.
Saddiq di mata Bella

Menurut Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, Ahli Parlimen Muar itu adalah seorang yang suka membebel.
Saya pun bukan kuat membebel. Tapi tadi masa ada kesesakkan trafik ada orang tu membebel.
Bagaimanapun, Bella menyatakan dia tetap senang apabila bersama dengan Saddiq.
Kami tak bergaduh, gaduh pun sebab nak usik masing-masing sahaja.
Kalau keluar dengan YB saya asyik gelak je, tak rasa nak marah atau menangis.
Sebab dia memang nakal, suka kacau saya.
Sementara itu, kata Saddiq, dia hanya gemar memberi nasihat dan lebih lantang tentang perkara-perkara yang ilmiah.
Saya tak membebel, saya tidur. Sleep hygine tu penting.
Tapi saya bebel perkara-perkara yang berfakta.
Dalam kenakalan ada kebahagiaan.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Individu Tegur Penampilan Nampak Dewasa, Thalita Bidas – ‘Saya Duduk Atas Pentas, Makeup Kena Tebal’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/thalita-1.jpg)
