![[VIDEO] ‘Daripada Duduk Saja, Baik Kami Berniaga’ – Dua Beradik Hilang Sebelah Kaki Tetap Gigih Jual Cendol Bantu Keluarga](https://asset.ohbulan.com/2026/07/dua-beradik-jual-cendol.jpg)
Baru-baru ini tular di TikTok kisah dua beradik yang kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2024, namun tetap cekal mencari rezeki dengan berniaga demi membantu keluarga.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Perlukan RM10,000’ – Bapa Mohon Bantu Beli Kek Lapis, Kumpul Dana Rawatan Anak Sakit Jantung Kronik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 42 Tahun Kahwin Tanpa Zuriat, Luahan Pasangan Ini Buat Ramai Sebak – ‘Bila Dah Berumur, Kami Reda..’
Semangat bantu keluarga
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Boss Baiduri, dia berkongsi momen mengunjungi sebuah gerai menjual cendol di Temerloh.
Dia meluahkan rasa sebak dan kagum melihat semangat dua beradik tersebut yang tetap gigih berniaga walaupun diuji dengan kekurangan dari segi fizikal.
Kedua-dua beradik itu yang dikenali sebagai Nik Haziera Saffiya dan Nik Haznita Saffiya menceritakan bahawa mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2024 sehingga masing-masing kehilangan sebelah kaki.
Kita orang awalnya kena langgar dengan kereta, lepas tu ada lori dari arah bertentangan. Lori tak sempat elak, jadi dua-dua kena.
Walaupun menghadapi kesukaran bergerak, mereka tetap memilih untuk terus kuat dan tidak berputus asa dengan kehidupan. Menurut mereka, keputusan untuk kembali berniaga dibuat bagi membantu meringankan beban keluarga.
Kita rasa daripada duduk saja di rumah, baik kita keluar berniaga. Kita pun masih boleh berdiri dan buat kerja.
Bersyukurlah dapat teruskan hidup. Alhamdulillah setakat ni kita orang tak ada down. Apa yang buat kita orang semangat sebab rakyat Malaysia ramai support. Ramai yang datang dari jauh.
Itu yang buat kami jadi semangat setiap hari.
Pemilik akaun TikTok ini meluahkan rasa kagum terhadap semangat dua beradik itu yang tidak pernah menjadikan kekurangan sebagai alasan untuk berhenti berusaha.
Menurutnya, kisah ini wajar dijadikan inspirasi kerana masih ramai yang sempurna fizikal tetapi tidak memanfaatkan peluang untuk membantu keluarga.
Sumber: TikTok Boss Baiduri