berita

Video Dato’ Siti Nurhaliza Sebagai Pembaca Berita Astro Awani

November 14th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

siti nurhaliza 1-1

Rasanya lepas ni mesti ramai penyampai berita stesyen televisyen ‘goyang’ apabila penyanyi nombor satu tanah air ini mula menunjukkan bakatnya dalam bidang tersebut.

Malah, tak salah jika kami katakan bahawa Dato’ Siti memang mempunyai auranya yang tersendiri yang mampu menarik perhatian penonton.

Eh. Kami tak tipu tau. Ini cerita serius. Buktinya, menerusi video yang dimuatnaik oleh Astro Awani, Dato’ Siti memang ada membuat percubaan untuk menjadi pembaca berita.

siti nurhaliza 1-2

Sebenarnya, Dato’ Siti telah dijemput sebagai tetamu khas di salah satu program Astro Awani untuk membincangkan tentang Anugerah Industri Muzik 21 (AIM 21) yang bakal menjelang tak lama lagi. D

Segmen yang diberi nama sebagai ‘Agenda Awani’ itu khabarnya akan disiarkan pada hari Sabtu (15 November 2014) pada jam 8.30 malam. Tapi, bila dah alang-alang di temubual tu, Dato’ Siti pun cubalah jadi pembaca berita Buletin 12 Astro Awani.

Bayangkanlah kalau kita semua dapat menonton Dato’ Siti membaca berita hari-hari. Mesti best kan? Malah, mungkin ada juga yang lebih fokus menatap wajah anggun Dato’ Siti berbanding mendengar berita yang disampaikan. Lols.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×