Usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, mendedahkan bahawa terdapat seorang individu yang berminat untuk mengenali bekas isterinya, Adira Suhaimi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Terharu Datuk Red, Anak-Anak & Adik Beradik Buat Kejutan Sempena Hari Jadi
Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi Nafi Mempermainkan Isu Perkahwinan, Datuk Red Beri Cincin Hanyalah Gimik – ‘Mulut Orang Tak Boleh Tutup, Yang Tahu Je Tahu’
‘Tak apa lah, kalau tak ada jodoh saya’
@ayuuariffin84 Ada someone masuk jarum minat dekat Adira-Tok red #fyp #abgred #datored #adirasuhaimi #adira #artist ? original sound – Ayuu84
Perkara itu dikongsikan Datuk Red menerusi satu sesi siaran langsung yang kemudian tular di TikTok. Dalam video tersebut, Datuk Red secara terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadinya selepas berpisah dengan pelantun lagu Ombak Rindu itu.
Bagaimanapun, Datuk Red mengakui bahawa jika bekas isterinya itu bertemu jodoh dengan individu lain, dia reda dan menganggap itu adalah ketentuan takdir.
Saya dapat laporan ada seorang lelaki yang betul-betul minat dengan Adira. Dia tengah tunggu masa yang sesuai untuk ‘masuk jarum’
Tak apa lah, kalau tak ada jodoh saya. Lelaki tu berkemampuan, saya tidak. Saya tak boleh tahan, Adira tu manusia. Kalau ada jodoh tu, ada lah.
‘Mati keras sendiri pun tak apa’
Namun Datuk Red menegaskan bahawa anak-anak tetap menjadi keutamaannya dan Adira walaupun jika mereka tidak ditakdirkan bersama, kelak.
Kalau saya atau Adira kahwin 10 kali pun, anak-anak tetap ada.
Dalam masa yang sama, Datuk Red turut meluahkan bahawa buat masa ini, dia akan berusaha sehabis baik untuk menstabilkan kehidupannya sebelum kembali bergelar suami.
Selagi tak ada tu tak apa, saya duduk sampai akhir hayat saya pun tak kisah. Saya tidur seorang diri, mati keras sendiri pun tak apa. Jadi, saya tak susahkan isteri saya dan anak-anak saya.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red pernah mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 8, Asan, 7, Anggun, 6, dan Ayob yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: TikTok