Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai talak satu, pada pagi Rabu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Salam Datuk Red Minta Berkat Sebelum Ke Umrah, Netizen Doa Tak Jadi Berpisah – ‘Harap Jumpa Jawapan Di Makkah’
Artikel Berkaitan: Bagi Saya Peluang Beraya Dengan Anak-Anak Untuk Kali Terakhir Sebagai Suami’ – Datuk Red
Respon Datuk Red
Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu,46, ketika ditemui selepas lafaz talak dibacakan hanya mendiamkan diri tanpa sebarang respon ketika diajukan soalan oleh pengamal media.
Datuk Red sebaliknya meminta untuk bertanyakan kepada bekas isterinya berhubung kes perceraian mereka.
Tanya dia (Adira), saya dah tak larat nak jalan.
Datuk Red kemudian bergegas meninggalkan perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor dengan menaiki motosikal jenis Honda EX5 miliknya.
Bapa kepada sebelas cahaya mata itu juga dilihat sempat membasahkan tekak dengan menghirup air Teh O’ Ais yang dibelinya sebelum hadir ke mahkamah.
Hari ini, Adira sah bercerai talak satu selepas lafaz talak dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi.
Abdul Hadi Omar turut mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.
Sementara itu, Datuk Red ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.
Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.
Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.
Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.