berita

[VIDEO] Datuk Red Tetap Pendirian, Mahu Pertahankan Rumah Tangga Bersama Datin Red

March 18th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Datuk Red

Suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu tegas dengan pendiriannya untuk tidak bersetuju meneruskan perceraian dengan isteri pertama iaitu Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim.

Artikel Berkaitan: Datuk Red Bakal ‘Kehilangan’ Adira Suhaimi & Isteri Pertama Serentak? – ‘Cuma Kebetulan’

Artikel Berkaitan: Laporan Jawatankuasa Pendamai Gagal! Kes Cerai Adira Suhaimi & Datuk Red Ke Peringkat Hakam

Mahu pertahankan

Datuk Red

Perkara tersebut disahkan peguam yang mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman.

Menurut Akmal, anak guamnya itu tetap mahu mempertahankan rumah tangga yang sudah sekian lama dibina.

Setakat ini saya dimaklumkan oleh anak guam yang dia tidak setuju dengan tuntutan penceraian ini.

Dia (Datuk Red) cuba pertahankan perkahwinan seperti isteri kedua (Adira). Dia masih sayangkan rumah tangganya.

Akmal berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Isnin.

Dalam pada itu, Akmal menjelaskan bahawa tuntutan cerai yang dibuat Datin Red ke atas anak guamnya adalah kerana tiadalah persefahaman di antara mereka.

Untuk Seksyen 47 ini sebenarnya ada banyak sebab untuk bercerai. Untuk kes (Datuk Red dan isteri), mereka tiada sefahaman. Itu yang dinyatakan.

@ohbulanofficial Datin Red atau nama sebenarnya Datin Syarifah Nor Shafila enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan penceraiannya itu namun menganggap ia merupakan satu keputusan yang terbaik. #ohbulan #sembangentertainment #datinred #datukred ? original sound – OHBULAN!

Sekadar info, Datin Red hadir ke mahkamah bagi prosiding sebutan kedua kes tuntutan perceraian terhadap Datuk Red.

Walau bagaimanapun, sebutan kes tersebut terpaksa ditangguhkan susulan ketidakhadiran Datuk Red atas urusan kerja.

Terdahulu, Datin Red menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya apabila memuat naik beberapa foto dirinya berada di perkarangan luar mahkamah.

Difahamkan, Datin Red telah memfailkan penceraian ke atas suaminya pada Januari lalu.

Sementara itu, isteri kedua Datuk Red yang merupakan penyanyi, Adira Suhaimi juga telah memfailkan penceraian ke atas Datuk di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor pada 25 Oktober tahun lalu.

Untuk rekod, Adira pernah memfailkan penceraian pada tahun 2019 namun menarik semula permohonan itu demi anak-anak.

SKIP THIS AD ×