![[VIDEO] Datuk Seri Faroz Belanja Hampir RM17 Juta Sebulan Untuk Gaji Pekerja Jakel](https://asset.ohbulan.com/2025/08/RM17JutaGajiPekerjaJakel.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) gedung tekstil terkemuka tanah air, Jakel iaitu Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel menyorot perhatian ramai apabila mendedahkan jumlah wang yang diperuntukkan bagi membayar gaji pekerjanya setiap bulan.
Artikel Berkaitan: Seronoknya! Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad, Cik Epal, Elly Mazlein, Senario & Sallywho Buat Sesi ‘Meet & Greet’
Hampir RM17 juta bayar gaji pekerja sebulan
Menerusi perkongsian di TikTok rasmi Jakel, Faroz memaklumkan dia membelanjakan hampir RM17,000,000 sebulan untuk membayar gaji pekerjanya di semua cawangan seluruh negara.
Sebulan saya bayar gaji pekerja dalam RM15,000,000 ke RM17,000,000.
Bukan senang nak senang tapi cukup senang nak susah.
Saya nak jadi peniaga dan usahawan Melayu yang berjaya.
Faroz berkongsi perkara tersebut selepas diajukan soalan oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Menerusi perkongsian itu juga, Faroz turut berkongsi momennya yang menyantuni Aliff ketika hadir melawat cawangan gedung tekstilnya yang terletak di Kuala Lumpur.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mendengar pendedahan dibuat Feroz.
Malah, ada juga bekas pekerja Jakel yang memuji pengurusan pihak Jakel yang sentiasa menjaga kebajikan pekerja.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] ‘Setelah Sekian Lama Tak Jumpa, Akhirnya Dapat Juga Saya Peluk & Cium Ibu’ – Kak Nona](https://asset.ohbulan.com/2026/08/kak-nona2.jpg)
