Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) gedung tekstil terkemuka tanah air, Jakel iaitu Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel menyorot perhatian ramai apabila mendedahkan jumlah wang yang diperuntukkan bagi membayar gaji pekerjanya setiap bulan.

Artikel Berkaitan: Seronoknya! Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad, Cik Epal, Elly Mazlein, Senario & Sallywho Buat Sesi ‘Meet & Greet’

Hampir RM17 juta bayar gaji pekerja sebulan

@jakeltextile

✨ Kunjungan Istimewa ✨ Hari ini Jakel menerima kunjungan daripada Dato’ Aliff Syukri, usahawan terkenal tanah air. Terima kasih Dato’ kerana meluangkan masa untuk hadir dan memberi sokongan kepada Jakel Jumbo Sale JAKEL JUMBO SALE 📅 22 Ogos – 16 September 2025 🎁 10,000 pasang kain PERCUMA dengan belian RM250 ke atas! 💸 Harga paling murah dalam sejarah Jakel 🔥 📍 Datang cepat ke cawangan Jakel berdekatan, jangan terlepas peluang! #Jakel #JakelJumboSale #IngatKainIngatJakel #jakeljelah #aliffsyukri

♬ original sound – JAKEL – JAKEL

Menerusi perkongsian di TikTok rasmi Jakel, Faroz memaklumkan dia membelanjakan hampir RM17,000,000 sebulan untuk membayar gaji pekerjanya di semua cawangan seluruh negara.

Sebulan saya bayar gaji pekerja dalam RM15,000,000 ke RM17,000,000.

Bukan senang nak senang tapi cukup senang nak susah.

Saya nak jadi peniaga dan usahawan Melayu yang berjaya.

Faroz berkongsi perkara tersebut selepas diajukan soalan oleh usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi perkongsian itu juga, Faroz turut berkongsi momennya yang menyantuni Aliff ketika hadir melawat cawangan gedung tekstilnya yang terletak di Kuala Lumpur.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mendengar pendedahan dibuat Feroz.

Malah, ada juga bekas pekerja Jakel yang memuji pengurusan pihak Jakel yang sentiasa menjaga kebajikan pekerja.

Sumber: TikTok