berita

Video Daud Kim ‘Berpelukan’ Di Kelab Malam Turki Tular, Isteri Dedah Dirinya Dipukul Sampai Lebam

February 13th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, Youtuber Korea, Daud Kim pernah menjadi perbualan hangat netizen  selepas tularnya satu video di media sosial yang mendakwa dirinya melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita. Namun begitu, Daud Kim tampil membuat permohonan maaf dengan apa yang telah berlaku.

Artikel berkaitan : ‘Apa Mereka Cakap Benar’ – Daud Kim Akui Guna ‘Islam’ Raih Populariti

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Saya Mohon Maaf’ – Didakwa Atas Cubaan Rogol, Daud Kim Tampil Dedah Kisah Sebenar

Artikel berkaitan : Youtuber Muslim Korea Didakwa Cuba Rogol Wanita, Mangsa Tuntut Keadilan Selepas Setahun Kes ‘Diam’

Daud Kim pergi kelab malam & pukul isteri?

Umum tahu, Daud Kim merupakan seorang Youtuber Korea yang memeluk islam dan berkongsi kisah penghijrahan serta kehidupan hariannya di Youtube. Namun, baru-baru ini tular di TikTok di mana terdapat seorang lelaki yang dipercayai adalah Daud Kim berada di sebuah kelab malam di Turki.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan lelaki tersebut sedang menari rapat dan berpelukan dengan seorang wanita. Malah ada juga dakwaan yang mengatakan bahawa Daud Kim pergi ke Turki kerana dia ingin melengahkan proses penceraian bersama isterinya, Mia.

Walau bagaimanapun, isterinya juga dikatakan berkongsi beberapa bukti di mana dia didera secara fizikal oleh suaminya itu. Difahamkan, Mia baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua mereka dan disebabkan itu ramai netizen yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya itu.

Dakwa masuk Islam sekadar konten

Apa yang mengejutkan, terdapat seorang individu yang mendakwa bahawa kisah Daud Kim memeluk islam itu hanyalah sekadar konten semata-mata kerana ingin mencari publisiti sedangkan dia masih melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.

Isteri dia kata mereka tak bercerai lagi tapi masih dalam proses sebab Daud Kim lari dari proses penceraian. Isteri dia pun ada cakap yang suami dia tu tak bagi dia dan anak dia nafkah. Dia (Daud Kim) tak kisah pun pasal anak dia dan isteri dia bukan orang Islam lagi tapi dia masih suka agama islam.

Daud Kim seorang pendera, menzalimi isteri ( sekarang dah jadi bekas isteri), guna agama islam untuk meraih perhatian orang, curang dan banyak lagi. Korang berhenti lah sokong dia. Perangai dia memang teruk dari dulu dan bukan lelaki yang baik.

Daud Kim di Turki?

@ji.yeon0 ??? ????? ?? ????? ??????? ??? ????? ?? ???????? ???? ????? ??? ??? ??? ?????? #??_????_?????_??? #?????_???_???? #fyb?viral #foryoupage #fyp? ? original sound – Ji yeon

Pendedahan dari si isteri

Sumber : Ji.yeon0, MCN Asia Entertainment MY, Alexander Marry, 1230THVKIM

SKIP THIS AD ×