berita

[VIDEO] Demi Nak Elak ‘Jammed’, Hampir Gadai Nyawa Orang Lain

August 22nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Video yang viral di media sosial menunjukkan tindakan dan sikap tidak bertanggungjawab seorang pemandu kereta yang menggunakan lorong motosikal. Malah, situasi ini bukan kali pertama berlaku melibatkan pemandu kereta yang menggunakan lorong motosikal. Bagaimanapun, tindakan demikian telah menyebabkan seorang penunggang motosikal hilang kawalan lalu merempuh dinding di laluan motosikal tersebut.

Kereta masuk lorong motosikal

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/600573130641070/?__xts__[0]=68.ARCMw_Dfi19qLdwmBx3CD05j4ylkIEp-USsjYKxLsD8sYMGNAcSqhEwpMgqdD9MxKyXRT86uvJHtJMkzzjHYfphT7rQE3bG4kS3ISnn03TTFfkhOMNygXGvTAJdjQB9B-twxC–9MNQlDC1kCNWLnLRdpLIMyAnlgSVA36D58KujO7iFyE-DHoNjMB8MkODJAAqXGqkmfH6jfPDm-B-qZ0CTOFjK-u1ehiYGl1uT-arMxDG6Yn0RLLzK8BWPwmXXI27jdKhv5YGwrVKDyHckmUI98ksxunXjmUhvC_C34V-X3c5Ov7dhx_2j3Fgq7y-aj7z8EU3W9LCuoqzitypm2KQ-9_12iQ_otmq0gA&__tn__=H-R

Video yang dikongsikan melalui laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis ini undang kemarahan ramai orang. Video ini dirakam menerusi sebuah GoPro yang terletak di atas topi keledar penunggang motosikal tersebut.

Kemalangan itu berlaku pada 19 Ogos 2020, waktu lebih kurang sekitar 3.30 hingga 4.00 petang di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Mid Valley.

Bantu dapatkan maklumat

Setelah video tersebut viral, didapati pengguna media sosial turut membantu mendapatkan maklumat berhubung pemilik kenderaan jenis Toyota Vios berwarna putih itu. Dipercayai sehingga tarikh 21 Ogos 2020, kenderaan tersebut telah memiliki tiga saman berjumlah RM450.00.

Harap gantung lesen

Rata-rata pengguna media sosial bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemandu tersebut yang dipercayai hendak mengelak daripada kesesakan jalan raya. Tindakan tersebut mengundang nyawa penunggang motosikal lain yang menggunakan lorong tersebut.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

SKIP THIS AD ×