berita

[VIDEO] Detik Cemas Doktor Selamatkan Pesakit Covid-19 Bikin Netizen Sebak

March 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Pengorbanan seorang doktor terhadap pesakitnya memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kadangkala, insan mulia ini sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi menyelamatkan para pesakit.

Begitulah yang dilakukan oleh, Dr. Lu dan rakan seperjuangannya yang lain apabila dia berjaya menyelamatkan seorang pesakit yang dijangkiti Covid-19 walaupun diri mereka sendiri terdedah kepada virus maut itu.

Lakukan intubasi

Menerusi satu video yang dimuatnaik di saluran Youtube CGTN memaparkan detik cemas seorang doktor tentera, Dr. Lu Zhijie bersama sekumpulan pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Kesihatan Ibu dan Anak Hubei sedang merawat seorang pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19.

Difahamkan, pesakit itu berada dalam keadaan kritikal dan memberi tindak balas yang semakin serius. Pesakit yang menderita dengan hypoxia itu terdedah kepada serangan jantung dan disebabkan itu, Dr. Lu Zhijie dan rakan seperjuangannya itu perlu melakukan intubasi demi menyelamatkan nyawa pesakit berkenaan.

Terima kasih Professor Lu

Sepanjang proses intubasi dilakukan, Dr. Lu dan rakan pasukannya yang lain dikatakan akan terdedah dengan jangkitan virus berkenaan tetapi mereka terpaksa mengetepikan semuanya demi memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelamatkan pesakit tersebut. Hasil daripada pengorbanan dan kepakaran mereka, pesakit ini akhirnya berjaya diselamatkan dan keadaannya kembali stabil.

Apa yang lebih menyentuh hati apabila pesakit ini telah menghantar satu pesanan melalui aplikasi WeChat dengan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Dr. Lu dan pegawai perubatan yang lain kerana telah menyelamatkan nyawanya itu.

Terima kasih Professor Lu.

Menurut Dr. Lu, dia berasa sangat gembira kerana pesakit tersebut dapat menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain. Baginya, segala penat lelah akhirnya terubat sebaik sahaja membaca pesanan daripada pesakit itu.

Sumber: Youtube CGTN

SKIP THIS AD ×