berita

[VIDEO] Detik Cemas Kanak-Kanak ‘Diseret’, Tergantung Hampir 2 Minit Di Pintu Lif

June 2nd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang kanak-kanak perempuan di China akhirnya berjaya diselamatkan selepas tergantung hampir 2 minit di dalam lif  di bandar Daye, Hubei. Insiden menyayat hati itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam lif berkenaan sebelum video tersebut viral di media sosial.

Tergantung di pintu lif

Menerusi video berdurasi 0:37 saat yang dimuatnaik People’s Daily China, memaparkan kanak-kanak perempuan itu secara bersendirian telah masuk ke dalam lif  sambil di pergelangan tangannya diikat dengan tali pengikat keselamatan (leash).

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa ada bersama-sama dengan pengasuhnya tetapi malangnya belum sempat pengasuh itu masuk, pintu lif tersebut telah tertutup dengan sendirinya. Tali yang terdapat di pergelangan tangan kanak-kanak tersebut telah tersekat di pintu dan membuatkan mangsa ‘diseret’ ke bahagian atas semasa lif itu bergerak.

Mode kecemasan diaktifkan

Menerusi laporan NDTV, mangsa dikatakan telah tergantung hampir 2 minit sebelum lif itu berhenti. Mode kecemasan di dalam lif itu telah diaktifkan selepas mengesan pergerakan luar biasa yang berlaku.

Lif berkenaan telah naik secara automatik sehingga membolehkan kanak-kanak itu mendapatkan keseimbangan dan kembali berdiri seperti biasa sebelum dia diselamatkan oleh pasukan penyelenggara bangunan. Difahamkan, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: People’s Daily China, NDTV, Daily Mail

SKIP THIS AD ×