berita

[VIDEO] Detik Cemas Lelaki Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 6 Hospital

November 7th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki terjun dari tingkat enam bangunan Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada petang Isnin.

Maut terjun bangunan

Memetik laporan Kosmo, mangsa yang merupakan pemegang kad orang kelain upaya (OKU) mental dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mangsa yang berusia 22 tahun itu telah dimasukkan ke wad pada 5 November kerana perlu menjalani pembedahan kaki kanan yang dijadualkan pada 8 November ini.

Namun pembedahan dibatalkan kerana mangsa mengalami selsema dan si mati telah dibenarkan keluar hospital.

Siasatan polis di tempat kejadian tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan mati mengejut (SDR). Susulan itu, saksi kejadian diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan di Balai Polis Taman Setia Indah di sini atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor S. Sri Amutheyindharan Chettiar ditalian 016-2203465.

Video

@malaysiagazette Seorang lelaki maut setelah terjun bangunan dari tingkat lima di Hospital Sultan Ismail (HSI). Video: Sosial Media #malaysiagazette #hospitalsultanismail #hsi #johorbharu ? Suspense, horror, piano and music box – takaya

Sumber: Kosmo Online, Malaysia Gazette

SKIP THIS AD ×