berita

[VIDEO] Detik Cemas Pemain Arsenal, Ozil Hampir Kena Rompak! Keberanian Kolasinac Lawan Perompak Terima Pujian

July 26th, 2019 | by Arini Saleh
Video Popular

Pemain pasukan bola sepak Arsenal, Mesut Ozil dan Sead Kolasinac tidak mengalami sebarang kecederaan selepas selamat daripada cubaan merompak lelaki bermotosikal.

Di dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar di laman sosial, Kolasinac dilihat mempertahankan diri daripada diserang suspek yang memegang sebilah pisau. Manakala Ozil memandu untuk menyelamatkan isteri yang ketika itu turut berada di dalam kereta.

Diserang perompak berpisau

Video berdurasi 0:08 saat ini mendapat lebih 9k retweet dan 35k likes daripada seluruh peminat bola sepak dunia. Rata-rata daripada mereka memuji sikap berani Kolasinac yang cuba melawan dan menyelamatkan diri daripada cubaan merompak. Fuh main bola power, lawan orang jahat pun power!

Respect!

Pasukan Arsenal sendiri mengesahkan cubaan rompakan yang berlaku di London itu tidak menjejaskan pre-season training pemain mereka. Mereka juga menganggap insiden tersebut bersifat peribadi.

Difahamkan selepas kejadian, Mesut Ozil dan Sead Kolasinac telah ke restoran berdekatan melaporkan kejadian kepada polis dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Sumber: Sky Sports

SKIP THIS AD ×