berita

[VIDEO] Detik Cemas Pemain Bola Sepak Denmark ‘Tumbang’ Ketika Perlawanan, Penonton Menangis

June 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Bintang bola sepak Denmark, Christian Eriksen rebah di tengah padang ketika aksi Euro 2020 menentang Finland di Copenhagen, malam tadi. Susulan daripada insiden tersebut, perlawan itu telah ditangguhkan di penghujung babak pertama.

Semua menangis dan berdoa

Menerusi rakaman video di Twitter, kesemua pemain Denmark dan para penonton kelihatan sedang menangis dan berdoa agar petugas kesihatan mampu berusaha memulihkan keadaan Christian yang rebah di padang. Video viral tersebut juga menunjukkan Christian telah diusung keluar dari padang sambil dirinya dilindungi kain putih  yang dipegang oleh petugas kesihatan. Rakan sepasukan turut bertindak sebagai pendinding di bahagian depan.

Kembali sedar

Menurut Kesatuan Bola Sepak Denmark, Christian Eriksen sudah sedar dan sedang menjalani pemeriksaan lanjut. Petugas kesihatan telah melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) di tepi padang terhadap pemain nombor 10 itu.

Jika dilihat kembali mengenai detik kejadian tersebut, Christian Eriksen yang sebelum itu sedang menerima lontaran ke dalam, tiba-tiba tumbang dan tidak sedarkan diri. Berikutan daripada itu, perlawanan UEFA Euro 2020 di Copenhagen ditangguhkan akibat kecemasan perubatan. Mesyuarat tergempar turut diadakan di antara kedua-dua pasukan dan pegawai perlawanan.

Selepas lebih sejam saingan tertangguh, aksi antara Denmark dan Finland kemudiannya diteruskan pada minit ke-40 separuh masa pertama dengan Mathias Jensen dimasukkan bagi menggantikan Eriksen. Bersambung babak kedua perlawanan, Finland dilihat terus bekerja keras mengubah rentak perlawanan dan tindakan itu berjaya apabila mereka meraih gol pembukaan pada minit ke-60. Kedua-dua pasukan turut dilihat semakin rancak melancarkan serangan pada lima minit masa tambahan yang diberikan, namun kedudukan 0-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×