berita

[VIDEO] Detik Cemas Sekeluarga Nyaris Ditetak & Samun Mat Motor Berparang

February 22nd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Terdesak untuk mendapatkan wang, penjenayah sanggup berbuat apa sahaja asalkan niat jahat mereka boleh dilunaskan. Tanpa mengira waktu, penyangak ini berani buat kerja bukan hanya di malam hari, malahan di waktu siang juga.

Sebuah keluarga menempuh detik cemas apabila hampir disamun sekumpulan lelaki bermotor bersenjatakan parang panjang. Insiden itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) rumah mereka.

Terus masuk dalam bila berlegar depan rumah

Dalam video yang dikongsikan mangsa, Hazran Adli di Twitter, rakaman CCTV menunjukkan kumpulan berkenaan memasuki perkarangan rumah mangsa yang terbuka pagarnya. Salah seorang penjenayah turut dilihat merosakkan bahagian tayar kereta diparkir.

Tahan pintu dari ditendang

Rakaman video dari rumah pula menunjukkan suasana kelam-kabut apabila ayah mangsa berjaya masuk ke rumah dan bingkas menahan pintu yang ditendang dari luar.

Manakala dari tempat letak kereta kumpulan lelaki dilihat mengejar ayah mangsa dan kemudian menendang pintu bertalu-talu. Turut kelihatan adalah senjata parang panjang dibawa salah seorang penjenayah terbabit. Setelah gagal untuk menyamun, kumpulan itu terus meninggalkan kediaman berkenaan sebelum pagar automatik ditutup.

Sumber: Hazran Adli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×