berita

[VIDEO] Detik Pertemuan Dua Beranak Selepas 35 Tahun Berpisah, Sebak!

January 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Usaha seorang bapa untuk mengesan dua orang anaknya iaitu Mohd Syukri dan Khairunnisah akhirnya berjaya apabila dia bertemu anak perempuannya itu semalam. Menerusi laporan Berita Harian, dua beranak itu terpisah sejak tahun 1985 iaitu 35 tahun yang lalu.

Mencari kerja di ibu kota

Menurut Abu Hasan Razali, dia memaklumkan dahulu dia pernah membawa isteri, Halimah Yon serta dua anak mereka berhijrah dari Tanjung Piandang ke Serdang, Selangor, untuk mencari kerja tetap. Namun, dia mula menyedari isteri dan anaknya itu tiada sejak dia mencari kerja di ibu kota. Sementara itu, sebagai seorang bapa dia turut berharap dapat berjumpa dengan anak lelakinya iaitu Mohd Syukri juga.

Ketika mencari kerja di ibu kota, saya sedari isteri dan anak tiada dan sejak itu, langsung tidak bertemu mereka lagi. Bertahun-tahun saya mencari dengan pelbagai cara, tetapi tidak jumpa. Sehinggalah hari ini (semalam), kami dipertemukan semula dengan bantuan 1Malaysia Tow Truck Car Carrier (1MTTCC) dan kerjasama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit Mat Alam, Titi Serong, Nazli Mohd.

Bertemu wali sah

Menurut Khairunnisah pula, sewaktu terpisah dengan bapanya, dia dijaga oleh ibu angkat sejak usianya empat bulan. Sepanjang tempoh itu, dia juga berusaha mencari bapa dan ibu kandungnya.

Dari kecil lagi, ibu angkat memaklumkan saya adalah anak angkat dan masih ada ibu serta bapa kandung. Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan untuk mencari mereka dan hasil bantuan applikasi WhatsApp melalui group 1MTTCC awal tahun ini, saya dan ayah berjaya dipertemukan semula. Alhamdulillah, pertemuan ini paling bermakna kerana hadir sebelum perkahwinan saya dengan tunang, Mohd Fazli Mohd Afendi tidak lama lagi.

Selain bertemu ayah kandung, saya juga bertemu wali sah untuk majlis pernikahan saya nanti. Saya akan cuba menjejaki ibu dan abang kandung pula selepas ini. Berdasarkan maklumat rakan ahli 1MTTCC, abang dikatakan bekerja sebagai seorang anggota polis. namun tidak pasti di mana. Ibu pula langsung tiada khabar berita, kami langsung tak tahu di mana dia berada.

Tambahnya, dia turut gembira kerana sudah bertemu wali sah untuk majlis pernikahannya tidak lama lagi.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×