berita

[VIDEO] Di Indonesia, Pencipta Aplikasi Game Hina Islam & Nabi Akhirnya Ditahan Polis

November 15th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu aplikasi game di Play Store Indonesia yang dikatakan telah menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Jika dilihat di dalam kandungan permainan tersebut, terdapat beberapa perkataan berunsurkan penghinaan yang telah digunakan. Individu yang mencipta aplikasi permainan ini juga dikatakan tidak menjaga sensitiviti agama Islam.

Aplikasi game hina Islam

Menerusi rakaman itu, kandungan yang terdapat dalam aplikasi permainan tersebut memaparkan beberapa perkataan yang secara terang-terangan telah menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad SAW. Aplikasi permainan ini dikatakan telah dilancarkan pada 19 April 2015 di Play Store Indonesia yang dimiliki oleh Developer ParagiSoft.

Perkongsian ini mendapat perhatian daripada warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu yang mencipta permainan tersebut. Mereka juga turut memboikot aplikasi itu sehingga ianya telah memperoleh rating 1 bintang sahaja di Play Store.

Komputer dan telefon dirampas

 

Menerusi laporan Tribun News, selepas mendapat laporan mengenai isu ini pihak polis kemudian memberkas individu ini dan akhirnya mereka berjaya menahannya. Lelaki yang dikenali sebagai Irwan Guswanto itu ditangkap oleh pihak polis semasa dia berada dirumah keluarga mertuanya.

Menurut ketua kampung di kawasan itu, Hilal Judin memberitahu pihak polis turut menggeledah rumah keluarga mertua Irwan dengan membawa satu set komputer dan telefon bimbit bersama-sama mereka.

Seorang yang kuat beribadah

Tambahnya lagi, dia amat terkejut apabila melihat lebih kurang 12 orang anggota polis itu datang ke kawasan kampungnya kerana dia langsung tidak mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Tetapi apa yang lebih mengejutkannya apabila dia mengetahui tujuan polis datang ke situ adalah untuk menahan Irwan Guswanto.

Menurutnya, ramai yang terkejut dengan penangkapan tersebut kerana Irwan dikenali sebagai seorang lelaki yang kuat beribadah dan sering pergi ke masjid.

Sumber: Opposite6890, Tribun News