Pemergian salah seorang anggota Bocey, Abam benar-benar meninggalkan kesan mendalam terhadap Fad dan Achey. Hubungan akrab di antara mereka boleh dikatakan melebihi hubungan adik beradik. Tambah menyedihkan semasa kematian Abam, Fad berada di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia semalam.
Setibanya di lapangan terbang, Fad terus menziarahi pusara arwah ditemani ahli keluarga dan Achey. Malam tadi, mereka juga sempat meraikan ulang tahun kelahiran Fad secara sederhana selepas majlis tahlil. Sebak.
‘Khas untuk daddy, kenangan kita’
Tanggal 13 Februari semalam, Fad meraikan hari jadi yang ke 29 tahun. Isteri, Syaheeraa Rahman ada memuatnaik video ucapan khas di Instagram memaparkan kenangan mereka bersama Bocey. Sebelum ini, Fad ada berseloroh dengan isteri mahu melihat sama ada Abam memberi ucapan hari jadi atau tidak.
‘Kita baik ramai sayang’
Fad, aku wakil arwah Abam yang sepatutnya selalu sambut hari jadi kau, hari ni dia tak ada Fad. Dia tak ada, dia dah pergi. Aku, kau ngan Achey adalah adik beradik yang tak ada ganti. Dia tak ada tak bermakna kami lupa.
Dia janji dengan kau dia nak sambut hari jadi kau, tapi malam ni dia tak ada. Aku ada Fad. Kita baik ramai sayang.
Menerusi sebuah video yang dimuatnaik pojie.pidon, mereka meraikan ulang tahun kelahiran Fad secara sederhana dengan sebuah kek yang tertulis ‘kita baik ramai sayang’. Ali Puteh sebagai adik arwah ada memberikan ucapan sehingga membuatkan Fad menangis.
Sumber : Syaheeraa Rahman , Pojie.pidon