Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah menafikan dakwaan suaminya terlalu cepat membuka hati selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Nafikan, Penyebab Pakai Tudung Adalah Shuib’ – Watie Hanifiah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Dedah ‘Offer’ Diri Urus Anak Tiri Sebelum Kahwin – ‘Saya Nak Tahu Mampu Ke Tidak’

Kahwin sebab anak

@tooprettytohandle_

Shuib & Watie @shuibsepahtu @watiehanifiah : YOU BUKAN CINTAKAN I….YOU KAHWIN DENGAN I SEBAB ANAK.. estikamedispa telekungtea shuibsepahtu watiehanafiah tooprettytohandlepodcast @estikamedispa @telekungtea

♬ original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle

Menerusi sebuah sesi temu bual (podcast), Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menegaskan bahawa Shuib mengambil keputusan untuk mengenalinya dengan lebih rapat demi kepentingan anak-anak.

Menurut Watie, perkahwinan yang dibina itu bukan berlandaskan cinta semata sebaliknya demi keperluan anak-anak memiliki figura seorang ibu dalam keluarga.

Zaman dia (Shuib) kenal saya, orang cakap dia kemaruk bercinta. Latar belakang saya pula ketika itu seksi.

Sebenarnya tidak. Saya saja yang tahu. Dia berkawan dengan saya memang hanya untuk anak-anak.

Saya bagitahu dia, yang saya tahu. Dia kahwin dengan saya bukan sebab cinta tapi sebab anak.

Tambah Watie, dia lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anak tirinya berbanding keluar berdua dengan Shuib.

Pada ketika itu, saya suka dia. Saya nampak dia masih termenung, masih dengan kesedihan dia.

Kalau ada 24 jam, 23 jam saya dengan anak-anak tiri. Memang kebanyakan masa saya dengan mereka.

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.

Hasil perkahwinan, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 April.

Sumber: TikTok @tooprettytohandle