![[VIDEO] ‘Dia Memang Sangat Menjaga Solat’ – Sissy Iman Kagum Dengan Keperibadian Amira Othman](https://asset.ohbulan.com/2025/09/pTWG4a4r-sissy-amira.jpg)
Penyanyi Sissy Iman menyifatkan rakan selebritinya, Amira Othman sebagai wanita pemurah dan sentiasa mengutamakan kewajipan sebagai umat Islam.
Artikel Berkaitan: Sissy Iman Teruja Jadi Pengacara Majlis Nikah Amira Othman & Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Nikah 14 September Ini
Keperibadian Amira Othman
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Sissy atau nama lengkapnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, dilihat berkongsi beberapa keperibadian Amira Othman yang dikaguminya.
Ujarnya, Amira sering berkongsi rezeki bersama orang sekeliling di set penggambaran.
Amira merupakan individu yang sangat baik.
Antara kebaikan yang mungkin orang lain tak tahu adalah dia sangat pemurah.
Kalau di set penggambaran, tiba-tiba dia pesan makanan.
Memang sentiasa kenyang.
Dalam pada itu, Sissy juga memaklumkan pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu merupakan individu yang sentiasa bersedia dengan ubat-ubatan.
Utamakan solat fardhu

Berkongsi lebih lanjut, Sissy meluahkan rasa kagum dengan personaliti Amira yang mampu menjaga wuduk walaupun jadual padat.
Sebagai umat Islam, kita semua wajib buat.
Tapi Amira ini, dia memang sangat menjaga solat.
Bila kita tengah shooting, terutama di negara orang, jadual kita sangat penuh. Tapi Sissy sangat kagum sebab dia menjaga wuduk.
Bila kita dengan dia, kita sekali dapat sifat-sifat yang baik itu.
Sumber: TikTok @asheeda1







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)