![[VIDEO] ‘Dia Penyayang, Tak Berkira..Noor Nabila Ini Seorang Yang Kelakar Sebenarnya’ – Ameer Aiman](https://asset.ohbulan.com/2026/06/nabila3.jpg)
Teman lelaki kepada usahawan dan personaliti media sosial, Noor Nabila iaitu Ameer Aiman, berkongsi tentang keperibadian yang dimiliki kekasihnya itu.
Artikel Berkaitan: Ameer Aiman Dedah Detik Pertama Jumpa Noor Nabila Di Gimnasium – ‘Saya Mengorat Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih AA Masak Asam Pedas Tersedap’ – Noor Nabila
Perkongsian Ameer
Menerusi klip dari sesi siaran langsung di TikTok, Ameer dan Nabila dilihat sedang berinteraksi bersama warganet.
Ameer kemudian berkongsi lima perkara yang disukai tentang Nabila selepas diminta oleh pengikutnya di media sosial.
Penyayang, tak berkira, sangat menjaga well being saya.
Tambah Ameer, Nabila atau nama lengkapnya Noor Nabila Mohd Noor, 41, merupakan seorang yang gemar berseloroh, selain turut memuji air tangan wanita itu.
Seorang yang kelakar, Nabila ni kelakar sebenarnya.
Saya tak sebut cantik sebab kenapa nak sebut benda yang obvious?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Ameer dan Nabila disatukan sebagai mempelai suatu hari nanti.
Terdahulu, semenjak hubungan mereka diketahui umum, Ameer dan Nabila dilihat semakin terbuka berkongsi momen-momen bersama di media sosial.
Sumber: TikTok








