berita

[VIDEO] ‘Dia Tengah Intai Kita’ – Wanita Rakam Entiti Misteri Seperti Seorang Wanita, Ada Kes Bunuh Diri Di Tingkat 31

December 7th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tak dinafikan, penampakan makhluk halus sememangnya membuat bulu roma kita meremang. Lebih menakutkan lagi apabila ‘makhluk’ berkenaan muncul di depan mata sehingga membuat kita lari tidak cukup tanah. Begitu juga seperti kisah wanita ini yang ternampak kelibat seperti seorang wanita yang sedang berdiri tegak.

Sempat rakam entiti misteri

Menerusi video yang dimuat naik oleh Intan Hamzah di TikTok, wanita berkenaan berkongsi momen yang tidak akan dilupakan olehnya apabila dia sempat merakam penampakan seperti seorang wanita yang sedang memandang tepat ke arahnya di bangunan kondominium bersebelahan unit kediaman abangnya itu.

Dia tengah mengintai kita. Kenapa dia tak bergerak. Biar betul. Meremang bulu roma Mummy. Tapi bukannya tong sampah, mana ada tong sampah kat situ.

Dia tengok kita lah kakak. Haa bunyi apa tu.

Lebih menyeramkan lagi apabila anaknya yang turut melihat penampakan berkenaan mengatakan bahawa muka ‘makhluk’ berkenaan berwarna hitam.

Saiz dia memang saiz normal manusia perempuan dalam 150cm.

Menurut Intan, rumah berkenaan milik abangnya dan hanya datang seketika untuk melawat abangnya itu yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan. Namun pada ketika itu, anaknya dikatakan menjerit memanggilnya dari dalam bilik untuk menunjuk penampakan tersebut.

Saya pun intai lah tengok. Bila tengok auto berdiri bulu tengkuk. Dah tiga siri ni mata samar-samar tapi itulah perbualan kami anak beranak. Kalau salah minta maaf ya.

Di video yang lain, wanita berkenaan mengatakan bahawa tempat ‘sosok’ tersebut berdiri merupakan tingkat 31 di mana terdapat kes bunuh diri warga asing yang tragis berlaku di situ.

Video penuh :

@intanhmzahfull video penunggu condo? Creepy horror sound – TOKU SPACE MUSIC

@intanhmzah Reply to @wanhus267 ? original sound – Intan Hamzah – Intan Hamzah

Sumber : intanhmzah

SKIP THIS AD ×