berita

[VIDEO] Diberi Betis Nak Peha, Lelaki Berjubah Mengamuk Dihulur Derma 30 Sen

May 12th, 2019 | by faris
Video Popular

Kegiatan memungut derma boleh dilihat dimana-mana. Sindiket ini berselindung di sebalik imej agama untuk mengutip derma di kedai-kedai makan, pusat beli-belah dan tempat awam yang menjadi tumpuan ramai.

Derma atau sedekah yang dihulurkan sepatutnya tidak ditetapkan dengan jumlah minimum kerana ianya bergantung kepada kemampuan dan keikhlasan pemberinya. Lain pula ceritanya dalam satu video viral dipercayai berlaku di Indonesia.

Marah diberi RM0.30

Video dipercayai dirakam di sebuah kedai serbaneka beroperasi 24 jam di negara jiran itu menunjukkan seorang lelaki berjubah meninggikan suara kepada staf kaunter mempersoal pemberian sedekah 1000 Rupiah (kira-kira RM0.30). Menurut lelaki itu, penjual ikan pun memberi 100 ribu Rupiah (RM29) kepada mereka sebelum itu.

Situasi tegang itu kemudiannya berterusan dengan kemasukan seorang lagi staf beruniform sama dengan staf kaunter, namun dia kelihatan kekal tenang walaupun diprovokasi dan ditinggikan suara.

Dalam video berdurasi seminit itu, turut kelihatan sekumpulan lelaki dewasa berkumpul di pintu masuk kedai terbabit, namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka adalah sebahagian daripada pengutip derma yang mengamuk terbabit.

Antaranya, lelaki berjubah berkenaan mempertikai mengapa jumlah yang diberi terlalu kecil dibandingkan dengan untung yang dikaut daripada rakyat.

Sumber: Ziana Fazura

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×