Pelakon Indonesia, Baim Wong menerima kecaman yang cukup hebat daripada netizen di media sosial gara-gara dakwaan bersikap biadab dengan peminta sedekah yang meminta wang daripadanya di pinggir jalan.
Kejadian itu dirakam oleh orang ramai dan video tersebut viral di semua media sosial sehingga membuatkan nama Baim Wong menjadi trending di Twitter.
Didakwa terlalu angkuh
baim wong canceled. ???? pic.twitter.com/YxHAmo2Qi9
— ? (@suaicidal) October 11, 2021
Rata-rata netizen menganggap sikap yang ditonjolkan oleh Baim itu seakan terlalu angkuh semata-mata kerana enggan memberikan wang kepada peminta sedekah.Kelakuan Baim juga dianggap tidak kena pada cara kerana dia kemudiannya turut dilihat memberikan teguran kepada peminta-peminta sedekah itu agar berhenti mengemis dan mula bekerja.
Sedar bahawa perkara tersebut menjadi perdebatan dan menerima kecaman ramai, Baim tampil menjelaskan keadaan sebenar menerusi akaun Instagramnya semalam.
Semasa kejadian, saya baru keluar dari hospital. Tiba-tiba ada orang mendekati saya dengan menaiki motosikal. Saya sedang berjalan dan dia pula semakin menghampiri. Itu membahayakan apatah lagi ketika itu, saya sedang membawa anak. Tiba-tiba, orang itu meminta wang dengan saya dengan cara yang tidak sopan. Semasa saya menaiki motor dengan Kiano (anak), lelaki tersebut berteriak ‘Baim minta wang!’. Jujurnya saya paling kesal dengan orang sebegitu. Lalu, saya teruskan perjalanan ke rumah.
Rasa sebak dan menguji kesabaran
Ya allah sedih banget nontonnya, what baim wong did to this old man is soooo freaking mean! I cannot… pic.twitter.com/V9yEMbTHir
— njh (@unsaidsideofme) October 12, 2021
Tambah Baim, ‘drama’ peminta sedekah itu tidak terhenti di situ apabila dia kemudian membuat kisah sedih agar meraih rasa hiba dan simpati orang ramai. Ujarnya lagi, dia tidak suka sekiranya seseorang individu menjadikan kelemahan diri mereka sebagai jalan untuk meminta sedekah.
Penjelasan Baim ternyata mendapat pelbagai kecaman. Menurut netizen, Baim sekadar memberi alasan bagi menutup sikap biadabnya terhadap orang yang kurang bernasib baik. Disebabkan itu juga, Baim kehilangan lebih daripada 300 ribu orang pengikut di Youtube. Ini sekaligus, menjejaskan kedudukannya sebagai Top 5 Youtubers yang mempunyai ramai pengikut di Indonesia.
Terima kasih teguran
Masyaallah. Terima kasih tegurannya. Dia orang baik. Terutama ibadahnya. Saya sampai malu sendiri. Baru tahu peribadinya ketika saya bertemu Pak Suhud. Terima kasih Bosque. Selalu diingatkan ya kalau memang saya ada salah. Allah mempertemukan kita dengan caranya yang beda. Sayang kalian semua.
Terbaru, Baim dilihat sudah bertemu dengan peminta sedekah tersebut. Jelas Baim, Pak Suhud seorang yang sangat baik dan sentiasa menjaga ibadahnya. Hal tersebut membuatkan dirinya berasa malu terhadap diri sendiri. Namun begitu, Baim bersyukur dapat memohon maaf dan berjumpa dengan warga emas secara bersemuka.
Sumber: Baim Wong & Twitter