![[VIDEO] Didakwa ‘Operate’ Hidung Bagi Mancung, Ini Respon Balas Scha Elinnea](https://media.ohbulan.com/2025/04/SchaElinneaNoCommetnBuatHidung1.jpg)

Tular video masuk ke sebuah klinik bagi mendapatkan rawatan kecantikan, pelakon, Scha Elinnea menafikan dakwaan dirinya melakukan pembedahan plastik bagi memancungkan bahagian hidungnya.
Artikel Berkaitan: Scha Elinnea Mengaku Buat Perubahan Pada Wajah, Enggan Ulas Soal Tatu – ‘Semua Orang Pernah Buat Silap’
‘No comment’
View this post on Instagram
Sebaliknya, pemilik nama Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen menjelaskan bahawa tujuan dirinya ke klinik tersebut adalah bagi menjalani rawatan Tumpuan Ultrabunyi Berkeamatan Tinggi (HIFU).
‘No comment’ sebab saya tak tahu apa-apa mengenai video itu.
Saya ke klinik tersebut kerana buat HIFU saya rawatan untuk bentukkan rahang saya dan itu bukanlah satu pembedahan.
Saya buat pun untuk hilangkan lemak-lemak. Banyak kali juga buat (prosedur) kerana ia menggunakan mesin.
Scha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui OhBulan! pada Majlis Raya Aidil-Fit-Rizz iQIYI 2025 bertempat di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ketika ditanya pendapat mengenai ‘jalan pintas’ untuk menambah kecantikan diri, pelakon drama ‘Hati Tanpa Rasa’ ini enggan memberikan sebarang komen.
Ujarnya, setiap orang mempunyai pendapat dan buah fikiran yang berbeza mengenai isu tersebut.
Lain orang, lain pemikiran.
Tapi lakukan saja cara yang boleh buat kamu bertambah yakin dan merasa senang dengan diri sendiri.
Sementara itu, cubaan OhBulan! untuk mencari semula video tersebut gagal apabila dipercayai sudah pun dipadam.
Pada Jun tahun lalu, Scha mengaku membuat perubahan pada bahagian muka bagi memiliki wajah yang sempurna.
Ujarnya, perubahan tersebut dilakukan bagi meningkatkan keyakinan diri, lebih-lebih lagi untuk beraksi di hadapan kamera.








![[VIDEO] Dr Hasseenah Dedah Rawatan Kecantikan Wajah Tular Didakwa Haram & Bernajis](https://asset.ohbulan.com/2026/07/doktor.jpg)