Didakwa tidak menghormati penyampai anugerah semasa anugerah TikTok Awards Malaysia 2024, baru-baru ini, pemenang Video Of The Year, Agy tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.
Artikel Berkaitan: Agy Gembira Strategi Guna Ahli Keluarga Untuk Undi Dapat Hasil – ‘Itu Idea Pak Long Saya’
Artikel Berkaitan: Che Sayang Kitchen Rangkul Gelaran ‘Creator Of The Year’, Ini Keputusan Penuh Pemenang TikTok Awards 2024
Artikel Berkaitan: Che Sayang Kitchen Idolakan Khairul Aming Dalam Dunia ‘Content Creator’ – ‘Saya Tidak Meniru Idea Tetapi Mengambil Inspirasi’
Saya mohon maaf
Menerusi sebuah video di Instagram, Agy berkata, dakwaan yang timbul itu merupakan salah faham sahaja. Tambah Agy, dia sempat bersalaman dengan semua orang di belakang pentas.
Isu saya tak hormat penyampai anugerah itu sebenarnya saya tak ada niat sedikit pun. Masa siaran langsung di televisyen sangat suntuk. Setiap kali naik pentas, kami diberitahu perlu naik dan turun dengan cepat. Tak ada masa yang panjang atas pentas. Bila nama saya diumumkan, saya jadi tergamam.
Tak ada siapa tahu akan menang malam itu. Lagipun calon-calon lain semua hebat. Bila nama saya diumumkan, saya kena cepayt panggil pak long dan ibu saya, Itu niat saya. Saya tak perasan kiri kanan saya siapa masa itu. Saya tak sempat tegur siapa pun. Ini bukan perkara biasa yang saya lalukan.
Ujar Agy, dia memohon maaf kepada semua pihak seandainya apa yang berlaku pada waktu itu dilihat sangat negatif.
Saya hanya nak mohon maaf. Benda berlaku sangat pantas. Apa yang saya ucapkan masa itu pun tak jelas. Saya guna masa dengan baik. Saya salam semua di belakang pentas seperti yang korang nak tengok.
Berbicara mengenai pemakaian pada malam tersebut, Agy memberitahu dia tidak menormalisasi benda yang tidak sepatutnya. Jelas Agy, dia akan cuba perbaiki diri ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa.
Saya akan perbaiki diri saya. Jangan buli siber, bercakap kasar dan berkata perkara yang tidak baik terhadap ibu saya. Apa yang berlaku malam itu, malam itu sahaja. Saya manusia biasa. Saya jadi diri saya. Saya lelaki dan tak ada niat nak bawa imej yang tidak baik.
Semua orang kena tunjuk positif. Saya harap semua berfikir sebelum berkata. Dari segi pakaian semua saya boleh perbaiki. Tetapi cakap pasal fizikal dan suara, itu saya tak boleh nak buat apa. Semua ini Allah yang beri.
Di akhir video, Agy berterima kasih kepada semua yang mengundinya.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Agy