Hantaran pelakon dan pengacara Didie Alias menyorot perhatian semasa mengunjungi rakan selebritinya, Amyza Aznan yang diuji dengan masalah kesihatan anak sulungnya, Andre Mikhail yang sedang menderita kanser tulang.

Artikel Berkaitan: Didie Alias Syukur Shamsul Ghau Ghau Kembali Sihat

Artikel Berkaitan: ‘Andre Mikhail Akan Keluar Hospital, Doktor Minta Keluarga Bersedia…’ – Amyza Aznan

Teman sejati

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali memohon doa orang ramai buat kesembuhan Andre Mikhail.

Dalam hantaran yang sama, Didie dilihat memeluk erat Amyza sebagai tanda memberi sokongan atas ujian yang menimpanya.

Mohon doa buat Andre Mikhail.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut sebak melihat hantaran berdurasi selama hampir dua minit tersebut sekali gus menyifatkan pelakon berusia 54 tahun itu sebagai teman sejati.

Doa buat Andre Mikhail

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti seperti Lan Solo, Azhan Rani dan Anne Abdullah turut menitipkan doa buat Andre Mikhail serta kekuatan buat Amyza Adnan.

Terdahulu, sekitar tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Ujian yang dilalui Amyza tidak terhenti di situ apabila pada Ramadan tahun ini, dia sekali lagi menerima khabar duka apabila anak keduanya, Adrian Adam, disahkan menghidap kanser tulang.

Sumber: Instagram @ladydidiemsia