berita

[VIDEO] Dikejar Anjing Sampai Tersembam, Wanita Bengang Pak Guard Macam Tak Kisah – ‘Adik I Nasib Tak Mati Tau’

November 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini viral di media sosial memaparkan seorang wanita ‘naik hantu’ terhadap pengawal keselamatan sebuah kilang kerana anjing milik kilang terbabit dikatakan ‘terlepas’ sehingga mendatangkan bahaya terhadap individu yang melalui di kawasan tersebut.

‘Mana mana ini boleh terlepas?’

Kisah tersebut diceritakan menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok, Hennabyning. Difahamkan, adik wanita ini dikatakan mengalami kecederaan termasuk mukanya luka dan rahang patah akibat tersembam di atas jalan tar selepas dikejar oleh anjing di kilang terbabit. Jelasnya lagi, sebelum ini anjing tersebut juga pernah menyerang pekerja di kilang sebelah.

Adik I nak pergi kerja, anjing ni kejar tau. Adik I punya gigi, rahang sudah patah. Macam mana ini boleh terlepas? Ini anjing you kena ikat ma. Adik I nasib baik tak mati tau. You security takkan boleh jaga.

Adik kena kejar dengan anjing

@hennabyningsebab knape aku pergi sendiri kilang tu , aku tanye weh semua soalan . and dia mangaku + jawapan yang paling barua skali aku dapat .? original sound – CEO OF HENNA

Apa yang membuatkan wanita ini marah apabila pengawal keselamatan tersebut seakan menyalahkan adiknya yang berlari dan disebabkan itulah dia dikejar oleh anjing.

Adik aku tak laju lah. Anjing ni yang kejar adik aku. Tak laju. Dia boleh naik ini kereta kau tahu tak. Kilang sebelah tu dah berapa kali kena kejar dengan anjing ini.

Lagi satu, dia mengaku yang pagi adik aku accident anjing tu terlepas. Dia salahkan adik aku sebab lari dari anjing dia.

Sementara itu, wanita memaklumkan sudah membuat laporan polis dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berhubung kejadian ini.

Pergi jumpa pengawal keselamatan kilang

@hennabyninganjing weh , viralkan sbb aku tak nak ade lagi anjing tu kat kawasan kilang . dah bnyak aduan . dia boleh cakap dia tak perasan pagi tu ?? original sound – CEO OF HENNA

@hennabyningpart 2 : aku marah sngat , dia still salahkan adik aku and cakap knape lari dri anjing dia ?. sbb tu aku start naik angin . dgan tak pakai bajunye?? original sound – CEO OF HENNA

Kenalan juga pernah alami benda sama

@hennabyningpekerja kilang lain yang berdekatan , sama . mbmb pergi tgok kilang tu tapi owner tak mengaku ade anjing , anjing dia sorok !kian huat motor kerubong? original sound – CEO OF HENNA


Sumber: Hennabyning

SKIP THIS AD ×