berita

[VIDEO] ‘Dina Dah Besar Ayah, Tapi Ayah Tak Keluar?’ – Anak Yatim Luah Rindu Lawat Kubur Ayah

February 13th, 2020 | by faris
Video Popular

Setiap yang hidup sudah pasti akan mati. Itu hakikat yang perlu ditelan walaupun pahit. Walaupun payah untuk dihadapi, yang hidup wajib meneruskan hidup seperti biasa. Satu video menyayat hati seorang anak yatim yang ke melawat kubur bapanya mengundang sebak netizen yang tersentuh dengan luahan rindu si comel itu.

Ditinggalkan 3 tahun lalu

Menurut Anne Mokhtar, ibu saudara kanak-kanak itu, abangnya pergi meninggalkan mereka sekeluarga ketika Adlina berusia 2 tahun. Baru-baru ini, anak saudara bersama kakak iparnya pergi melawat kubur arwah setelah Adlina mengatakan rindu dengan ayahnya.

Perbualan dalam kereta berhampiran tanah perkuburan itu dikongsikan di Twitter Anne dan mendapat lebih 20 ribu perkongsian. Apa yang paling sayu, anak itu bertanyakan kenapa arwah ayahnya tidak keluar walaupun dia merindui kehadiran lelaki itu.

Melihat si ibu yang mungkin berlinangan air mata, anak kecil itu bertanya jika ibunya itu menangis, namun dinafikan wanita itu.

Sumber: Anne Mokhtar

The following two tabs change content below.