berita

Video : Dipanggil Anjing Kurap, Sharnaaz Mahu Lisdawati & Fauzi Minta Maaf

February 26th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Sharnaaz-Ahmad2

Susulan kejadian perbalahan antara tiga pelakon, Lisdawati, Sharnaaz Ahmad dan Fauzi Nawawi, pelakon utama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang memegang watak Jebat ini telah tampil memberi kenyataan kepada akhbar Harian Metro.

Artikel berkaitan:

Menerusi rakaman video yang dibuat, Sharnaaz menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi dan mengaku menengking aktres yang juga isteri kepada Fauzi Nawawi secara tidak sengaja.

Malah pelakon lelaki itu mendakwa Lisdawati telah mencanang keburukannya yang lalu termasuk mengaitkan nama bekas kekasihnya, Shila Amzah sepanjang empat bulan mereka menjalani penggambaran.

Lisdawati-bertudung

Lisdawati dikatakan mencanang keburukan Sharnaaz

Kemuncak kesabaran Sharnaaz akhirnya tercabar apabila Lisdawati memanggil dirinya dengan perkataan pondan sewaktu mereka sedang merakam salah satu babak dalam BKATC.

Berang dengan tuduhan itu, Sharnaaz kemudiannya meninggikan suara kepada Lisdawati sambil berkata ‘Diamlah Kakak!’

Screen Shot 2014-02-26 at 11.01.17

Bukti perbualan Sharnaaz dan Fauzi

Berikutan itu, Sharnaaz mendedahkan Fauzi meninggalkan pesanan menerusi SMS dua hari kemudian meminta penjelasan namun suami kepada Lisdawati itu telah membabitkan ibu Sharnaaz di dalam hal ini selain memanggil pelakon itu dengan gelaran anjing kurap.

Menerusi video yang sama juga, Sharnaaz telah memohon maaf kepada pasangan itu namun dia bertegas mahu Lisdawati dan Fauzi Nawawi meminta maaf kepada ibunya secara peribadi atau berdepan saman maksima.

Screen Shot 2014-02-26 at 11.02.10

Sharnaaz mahu pasangan itu tampil meminta maaf

Buat semua pembaca OHBULAN!, jom dengar penjelasan daripada pihak Sharnaaz di bawah ini.

SKIP THIS AD ×