berita

[VIDEO] Dipilih Berduet Dengan Shila Amzah, Rupanya ‘Jack Ma’ Memang Pernah Nyanyi Depan Ariana Grande

April 13th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Hujung minggu tidak akan lengkap jika tidak menyaksikan rancangan televisyen I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) musim ketiga. Minggu ini, Shila Amzah dijemput sebagai artis jemputan untuk mencari penyanyi sebenar atau penyamar bersuara sumbang. Latar belakang penyanyi misteri yang tidak masuk akal membuat Shila pening kepala untuk membuat keputusan.

Awal-awal dah salah

https://www.youtube.com/watch?v=D1bjwFWp0_I

Walaupun di pusingan pertama Shila gagal menyingkirkan penyamar suara sumbang selepas menyingkirkan penyanyi sebenar yang mempunyai vokal yang begitu merdu. Di pusingan kedua, dia hanya berjaya menyingkirkan seorang penyamar manakala seorang lagi merupakan penyanyi sebenar.

Duet dengan Jack Ma

https://www.youtube.com/watch?v=u99Q2dy-bPY

Di pusingan akhir, Shila nampak yakin untuk memilih berduet bersama peserta lelaki berbangsa Cina. Mark Adam selaku panel penyiasat menggelar lelaki ini sebagai ‘Jack Ma’ kerana mempunyai wajah lebih kurang seiras dengan ahli perniagaan itu. Keputusan Shila sememangnya tepat kerana peseta berkenaan merupakan seorang penyanyi yang sebenar.

Vokal peserta tersebut membuatkan Yusri, Mark Adam, Jihan Musa, Zara Zya dan Nadia Nisa selaku panel penyiasat terpegun dengan kemerduan suaranya. Shila dan peserta tersebut berduet dengan begitu harmoni seperti sedang melangsungkan konsert.

Nyanyi depan Ariana Grande

Lebih mengejutkan lagi, peserta pilihan Shila Amza, Clinton Jerome Chua pernah menyanyikan lagu artis kegemarananya, Ariana Grande di hadapan penyanyi asal itu sendiri. Ariana Grande merupakan penyanyi wanita antarabangsa yang popular dengan lagu ‘Thank You, Next’. Peluang yang jarang diperoleh seumur hidup itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Clinton. Ternyata maklumat tambahan yang diberikan pihak produksi ICSYVM adalah benar.

Sumber: TV9, Clinton

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×