berita

[VIDEO] ‘Disaat Hatinya Juga Hancur’ – Bunga Citra Tenangkan Anak Di Majlis Pengebumian Suami

February 18th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Jenazah Allahyarham Ashraf Sinclair telah selamat dikebumikan di San Diego Hill, Jakarta selepas solat Asar waktu tempatan. Suasana pilu sekitar majlis pengebumian makin terasa apabila melihat anak tunggalnya, Noah menangis sebak di samping ibu, Bunga Citra Lestari.

Rakaman yang disiarkan media Indonesia itu menunjukkan Bunga Citra kelihatan tenang memujuk Noah yang sedang bersedih. Tambah memilukan apabila air mata Bunga sendiri tidak berhenti mengalir.

Semoga kuat

 

View this post on Instagram

 

??? #bclsinclair #ashrafsinclair #deepcondolences #truelove

A post shared by Young living (@volasinthia) on

Menerusi video yang dimuatnaik pengguna Instagram, Volasinthia, Noah yang baru berumur 10 tahun menangis teresak-esak semasa majlis pengebumian bapa. Majlis pemakaman yang disiarkan iNews Live itu juga memperlihatkan Bunga Citra berwajah sugul sambil mengesat air mata yang jatuh ke pipi.

Di media sosial, ramai yang turut berduka melihat anak kecil itu terpaksa menerima hakikat kehilangan bapa sekelip mata. Malah, mereka juga tidak dapat membayangkan kehidupan yang bakal dijalani Noah tanpa seorang bapa.

Hancur hati ini

Sumber : Volasinthia , auliadg_

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×