Pelakon Puteri Balqis, memberi respon ringkas selepas disoal mengenai hari perkahwinannya bersama tunang iaitu seorang pemuda yang dikenali sebagai Kafziel.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Sangat Bahagia, Keluarga & Kerjaya Melengkapkan’ – Puteri Balqis

Hari perkahwinan

Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Balqis, 19, memberi bayangan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Bagaimanapun, aktres yang mesra disapa Aqish ini enggan mengulas lanjut mahupun berkongsi mengenai tarikh perkahwinannya.

Soon (tidak lama lagi).

Aqish berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama lakonan terbaharunya, Dua Nyawa di Diamond Lounge, Pavillion Damansara Heights baru-baru ini.

Terdahulu, menerusi hantaran di media sosial, pelakon drama Keluarga Itu tersebut memuat naik momen hari pertunangannya yang dipercayai dilangsungkan pada 12 Ogos tahun lalu.

Drama baharu

Dalam perkembangan lain, Aqish turut berkongsi tentang karakter yang dilakonkan menerusi drama tersebut. 

Drama Dua Nyawa, berat lebih kepada bagaimana mahu menanggung satu kesilapan yang telah menghancurkan semua benda. 

Karakter ini sangat human, maksudnya dia bukan terlalu sempurna (flawless) dan dia bukan terlalu jahat. Jadi dia bukan antagonis ataupun wira.

Dia cuma manusia biasa yang buat salah, yang bukan jahat, yang bukan baik dan dia cuba perbaiki diri.

Untuk info, drama arahan Riza Baharudin itu turut membariskan pelakon lain antaranya,  Zarif Ghazzi, Jazmy Juma, Vanidah Imran, Datuk Eizlan Yusof, Atilia Haron dan Kodi Rasheed.

Dua Nyawa bakal menemui penonton pada 13 November 2026 di platform penstriman iQIYI.