berita

[VIDEO] Ditampar Ibu Hanya Kerana Tertidur Ketika ‘Mesyuarat’, Netizen Luah Rasa Kurang Senang

November 2nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Setiap ibu bapa mempunyai cara yang berbeza dalam usaha mendidik anak-anak mereka. Kadang-kala, ada sesetengah perkara atau perbuatan yang dilihat agak berlebihan di mata kasar orang luar sebenarnya adalah perkara biasa yang diamalkan keluarga tersebut.

Baru-baru ini viral sebuah video di media sosial apabila seorang remaja ‘dihukum’ oleh individu yang dipercayai ibunya hanya kerana dia tertidur ketika dalam satu sesi perbincangan di antara mereka sehingga mendatangkan pertikaian dalam kalangan netizen.

Kan dah kena

Menerusi video berdurasi 0:19 saat yang dikongsikan pengguna Twitter nurindanisha itu, kelihatan seorang remaja yang dilihat seperti sedang mengantuk ketika sesi ‘mesyuarat’ yang diadakan dalam kalangan ahli keluarganya.

Namun, dia tidak bernasib baik apabila didapati terlelap pada waktu itu yang seterusnya membuatkan dirinya ditampar oleh seorang individu yang didakwa adalah ibunya.

Selepas ditampar, remaja lelaki itu dilihat tersedar daripada tidurnya dengan muka yang agak terkejut.

Netizen pertikai

Video itu bagaimanapun telah mendapat pertikaian netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan ‘hukuman’ yang dikenakan terhadap remaja lelaki itu.

Malah sesetengah daripada mereka juga simpati terhadap nasib yang menimpa remaja itu selain turut menyifatkan ia sebagai terlalu berlebihan.

Sumber: Twitter nurindanisha

SKIP THIS AD ×