berita

[VIDEO] Ditegur Barang Lambat Sampai Sebab Tiktok, Ini Respon Abam Posmen!

November 29th, 2019 | by Arini Saleh
Video Popular

Sebut sahaja Tiktok, pasti ramai membayangkan video-video lucu remaja menggunakan aplikasi ini sebagai hiburan. Mereka menghasilkan video kreatif mengikut muzik yang popular dan trend masa kini.

Seperti video viral di Twitter baru-baru ini, abang posmen bertubuh gempal dilihat membuat memek muka mengikut rentak lagu ‘Mengantuknya Mumia – Didi & Friends’. Comelnya!

Patutlah parcel sampai seminggu lewat

Aksi lucu dan comel lelaki ini ternyata menarik perhatian ramai sehingga mendapat lebih 17k retweet dan 12k likes. Malah ada yang berseloroh mengatakan barang yang dipesan lambat sampai kepada pelanggan disebabkan posmen sibuk bertiktok ketika bertugas.

Namun, individu ini tampil menjelaskan dia bukanlah posmen menghantar barang sebaliknya bertugas sebagai kerani penerima barang. Katanya lagi, video yang dibuatlah bukanlah di dalam waktu kerja sehingga menyebabkan barang yang dipesan lambat sampai.

Dia turut menegaskan ketika video dirakam, dia dalam kereta persendirian.

Saya hanya kerani

Di ruangan balas, ramai yang menyokong kenyataan yang dibuat lelaki ini. Menurut mereka, adalah tidak salah bagi individu menghiburkan diri menggunakan Tiktok diluar waktu bertugas. Yang penting comel!

Sumber: NagazzShun

SKIP THIS AD ×