berita

[VIDEO] Dituduh Keluar ‘Dating’ Dengan Perempuan Lain, Aliff Aziz Pesan Jangan Tabur Fitnah

July 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz menafikan dakwaan bahawa dia keluar bersama seorang wanita tanpa pengetahuan isterinya, Bella Astillah adalah tidak benar.

Jangan tabur fitnah

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Aliif atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz akui masih terkejut dengan spekulasi yang membabitkan dirinya.

Tak ada gambar atau video yang menunjukkan saya bersama perempuan. Jadi saya buat kesimpulan sendiri, mungkin itu adalah sepupu saya dari sebelah ibu di Singapura atau mungkin individu tersebut adalah adik beradik perempuannya.

Tambah Aliff lagi, tiada sebarang perkara serius yang berlaku malah hubungannya dengan keluarga juga dalam keadaan baik.

Tolong lah kepada bloggers atau individu yang menulis artikel jangan guna headline misleading yang berbaur fitnah.

Aliff turut memahami bahawa dia tidak dapat mengubah persepsi netizen yang masih menganggap dirinya sebagai ‘playboy’ dan memohon maaf terhadap segala kesilapan yang pernah dilakukannya.

Video

Sumber: Aliff Aziz

SKIP THIS AD ×