berita

[VIDEO] Dituduh Tayang Punggung, Janna Nick Kesian Wanita Selalu Jadi Simbol Seks

September 21st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama selebriti serba boleh, Janna Nick, menjadi bualan ramai selepas didakwa sengaja menayang punggung sehinggakan mengundang komen berbaur lucah.

Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Persediaan Untuk Membesarkan Keluarga’ – Janna Nick

Kejar ‘clickbait’

@asmida88 #fyp??viral #fyppppppppppppppppppppppp #jannanick #juang #ioicitymall ? Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman

Bengang dengan sikap segelintir blogger yang sengaja menggunakan tajuk ‘panas’, Janna menempelak perbuatan itu di Instagram Stories, hari ini.

Kata Janna, laporan berita mengenai penampilannya ketika menghadiri majlis promosi tayangan filem Juang, adalah daripada sumber tidak sahih.

Kadang-kadang tak faham dengan penulisan sesetengah blogger. Kalau ya pun headline kejar clickbait, make sure la sumber tu sahih dan tak manipulasi pemikiran pembaca.

Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pula sejenis baca tajuk saja.

Menceritakan situasi sebenar, pemilik nama Nurul Jannah Muner berkata video yang tular itu dirakam oleh netizen lalu dimuat naik tanpa pengetahuannya.

Kata Janna, tujuan dia toleh ke belakang adalah untuk melayan peminat yang ingin bergambar.

Waktu itu saya tengah duduk dan peminat yang rakam. Bukan saya leka tayang punggung. Saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat bergambar.

Bukan tayang bontot… dah dari belakang memang la nampak punggung. Takkan nampak hidung pula.

Wanita jadi simbol seks

Dalam pada itu, kekasih kepada aktor Dini Schatzmann juga simpati dengan nasib golongan wanita yang sentiasa menjadi mangsa lelaki miang.

Habis itu nak kena buat apa ni? Kesian jadi perempuan semua benda nak dijadikan simbol seks. Kalau dah kambing pun kena rogol.

Kalau memang jenis gatal, tengok buah epal pun dia bernafsu.

Sebelum ini, video yang dimuat naik pengguna TikTok memperlihatkan bentuk badan Janna yang sedang duduk menerima komen-komen berbaur lucah.

Sumber: Instagram @jannanick

SKIP THIS AD ×